MARKETING

ACCA Formula Copywriting Yang Terpinggir

Pernah tak anda semua dengar tentang formula penulisan gaya ACCA? Mesti tak pernah dengar kan atau jarang kita dengar berbanding dengan formula lain seperti AIDA (Attention – Interest – Desire – Action) atau pun FAB (Features – Advantages – Benefits). Formula penulisan ini bagus untuk mereka yang mempunyai target pelanggan yang tak sedar pun mereka ada masalah yang anda boleh selesaikan.

“Formula penulisan ini bagus untuk mereka yang mempunyai target pelanggan yang tak sedar pun mereka ada masalah yang anda boleh selesaikan.”

Jadi apakah formula A-C-C-A ini?

Formula ACCA ini mempunyai 4 langkah yang berbeza jadi jom kita lihat apakah mereka?

Yang PERTAMA – A ( Awareness)

Awareness atau pun dalam bahasa orang kampung kita adalah Kesedaran. Dan dalam fasa ini kita membuat pernyataan, pernyataan atau penceritaan yang memberi kesedaran kepada pembaca atau audiens kita tentang masalah mereka yang mungkin tidak tahu pun tentang kewujudan masalah tersebut.

Yang KEDUA – C (Comprehension)

Comprehesion pula adalah kefahaman. Dalam fasa ini kita akan cuba sebaik mungkin memberi kefahaman tentang permasalahan yang telah kita nyatakan sebelum ini. Bahagian ini akan lebih terperinci. Dalam fasa ini, bantu pembaca memahami skop dan skala masalah. Bahagian ini boleh menjadi agak panjang dan terperinci, menerangkan pelbagai aspek kepada masalah itu, bersama dengan akibat dan kesannya.

Yang KETIGA – C (Conviction)

Manakala Conviction pula adalah membina keyakinan kepada pembaca tentang penyelesaian yang anda ada untuk mereka. Dan bagaimana solusi ini memberi impak kepada kehidupan mereka.

Yang KEEMPAT – A (Action)

Action tak lain tak bukan adalah , bantu mereka untuk membuat tindakan selanjutnya jika ingin tahu lebih lanjut atau pun berminat dengan solusi yang anda tawarkan.

Photo by Negative Space on Pexels.com

CONTOH PENGGUNAAN FORMULA ACCA

Seterusnya mari saya kongsikan sedikit contoh penggunaan formula ini

(A) Awareness

Setiap anak mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri, ada yang lebih cenderung ke arah akademik dan ada pula yang lebih arah sukan. Sekiranya anak tersebut mendapat keputusan cemerlang dalam akademik, maka segala perhatian akan diberikan berbanding anak yang kurang aktif akan dipinggirkan oleh ibu bapa dan dilihat seperti pilih kasih.

Tanpa disedari, perkara ini telah membunuh jiwa anak tersebut dan ramai ibu bapa menganggap ini bukanlah isu berat serta memandang ringan terhadap masalah ini. Tahukah anda terdapat 5 kesalahan utama ibu bapa dalam mendidik anak-anak.

(C) Comprehension

  1. Sikap pilih kasih

Memberikan layanan atau kasih sayang yang berbeza terhadap anak-anak dan hanya memberikan tumpuan kepada anak yang diminati sahaja.

  1. Kritik anak

Sering mengeluarkan kata-kata kesat serta mengherdik anak, malah tidak mengemari hasil kerja anak yang dilakukan.

  1. Perbandingan

Membuat perbandingan antara anak yang lain, perkara ini mungkin akan membuatkan anak tersebut merasa “down” dan kurang berkeyakinan kerana terpaksa bersaing meskipun dengan ahli keluarga sendiri.

  1. Label negatif

Suka melabel anak dengan perkara yang negatif seperti memberikannya persamaan yang kurang digemari atau benci.

  1. Tidak memberi rasa selamat serta perlindungan terhadap anak

Anak akan tidak merasa selamat untuk meluahkan perasaan atau pun masalah kepada ibu bapa, malah sebaliknya akan meluahkan perkara tersebut kepada kawan atau individu yang selesa untuk bercerita.

(C) Conviction

Sebagai ibu bapa, haruslah menjadikan contoh dan memberikan tauladan yang baik kepada anak anak, kerana dengan hasil didikan yang baik, maka akan terhasillah generasi yang cemerlang dan produktif di masa akan datang. Kami percaya anda mesti ingin kan yang terbaik untuk anak masing-masing mungkin kita kurang elmu atau pun pengetahuan tentang apa yang perlu kita buat untuk anak-anak kita.

Sebagai seorang pakar parenting dan sudah lebih 10 tahun dalam berkongsi dengan ramai ibu bapa diluar sana. Dan untuk permulaan kami percaya ebook yang telah kami hasilkan ini adalah titik permulaan perubahan anda sebagai ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak anda.

(A) Action

Jadi, buat tindakan sekarang untuk memberikan yang terbaik untuk anda seisi keluarga. Daftar dan isi borang dibawah untuk dapat ebook ini dengan separuh harga dari biasa hanya untuk 10 orang terawal sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: