KEHIDUPAN

Book Review – My Way Of Parenting by Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Hi semua..Kali ini tergerak untuk menulis sedikit rumusan tentang buku yang baru dibaca iaitu My Way Of Parenting YB Dato Dr Sheikh Muszaphar. Buku yang mana Dr Sheikh Muszaphar berkongsi tentang pengalaman beliau membesarkan anak.

Buku ini saya beli di Shopee dan kalau anda nak cari boleh search saja di Shoppe dan mungkin akan keluar. Dan rasanya tak dijual di mana-mana kedai buku jika tak silap, sebab pernah satu kali cari di MPH IOI City Mall tak ada.

Jadi, sebagai seorang ayah kepada seorang anak buku ini amat sesuai pada saya dan saya turut anjurkan kepada anda semua terutamanya ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata untuk sedikit sebanyak anda boleh dapat tips-Tips membesarkan anak dari buku ini.

Secara amnya buku ini ditulis semasa beliau membesarkan 2 orang anak perempuan dan sepasang anak kembar lelaki. Sangat bagus dan kat sini saya share beberapa Point menarik yang boleh dijadikan panduan kita bersama.

1. PUSH MEREKA UNTUK JADI YANG TERBAIK

Ini adalah satu tips yang sangat penting yang saya belajar dari buku ini yang mana Dato Dr menetapkan satu matlamat yang tinggi untuk anak-anak beliau. Yang mana mereka perlu menjadi yang terbaik lebih baik dari beliau dari segala aspek. Rohani, fizikal, akademik, sahsiah dan lain-lain.

2. CIPTA BONDING DENGAN ANAK

Setelah bayi dilahirkan, ibu mendapat satu anugerah yang paling besar yang mana para suami tidak dapat. Yang mana mereka dapat mencipta bonding yang kuat dengan menyusukan anak sejak lahir dan sehingga bayi berumur lebih dari 1 tahun.

Tapi, tidak menjadi masalah untuk buat para suami. Anda boleh cipta bonding dengan anak juga menurut Dato Dr yang mana anda boleh membantu untuk tidurkan anak, mandikan anak, beri anak makan, dodoikan anak untuk tidur dan lain-lain lagi.

Rugi kalau anda tak cipta bonding ni dari awal..

3. NO TO GADGET

Memang tidak dinafikan banyak kegunaan gadget pada masa kini terutamanya pada kita dan memang susah untuk tidak mengelakkan mereka tidak terdedah kepada gadget.

Cuba untuk terhadkan kerana tiada kajian pun yang mengatakan kelebihan gadget ini untuk pembesaran mereka. Mereka perlu bergaul dan bermain bersama kita.

Cuba simpan gadget dan jangan guna ketika berada didepan anak. Kena tegas dan katakan tidak kepada mereka jika tidak mereka akan mudah mengamuk jika tidak diberikan gadget. Kita sebagai ibu bapa jangan ambil jalan mudah ya.

4. DEDAH MEREKA DENGAN PELBAGAI AKTIVITI

Dalam 6 tahun pertama manusia, otak kita berkembang dengan sangat cepat dan pesat. Jadi, inilah masa yang terbaik untuk mereka explore tentang pelbagai perkara dan aktiviti seperti sukan, muzik, kelas bahasa, seni, agama dan lain-lain.

Bagi mereka cuba sesuatu perkara yang mereka suka itu terlebih dahulu dan jika mereka tidak suka jangan paksa mereka. Cuba perkara yang lain dan teruskan jika mereka berminat.

5. BAGI MEREKA BERMAIN

Kanak-kanak belajar daripada BERMAIN. Memang menjadi lumrah kepada mereka untuk bermain kerana sebenarnya mereka sedang belajar dan explore.

Bantu sediakan suasana yang kondusif untuk mereka bermain. Sediakan ruang dan alatan permainan seperti flash card, lego, dan lain-lain.

Jika, anda dapati mereka bosan dan stress dan cepat rasa murung mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin mereka rasa tidak seronok. Jika ini berlaku cuba periksa dan baiki jadual dan sebagainya untuk mereka rasa lebih seronok.

6. BAGI MEREKA BERGAUL

Dedahkan mereka kepada orang sekeliling. Bagi Dato Dr beliau mula menghantar mereka ke pusat penjagaan kanak-kanak seawal 6 bulan kerana bagi beliau mereka akan lebih banyak belajar dan bergaul dengan orang lain berbanding dirumah.

Beliau juga menghantar anak mereka ke sekolah antarabangsa kerana disitu mereka akan lebih banyak bergaul dengan warga asing dan boleh belajar kepelbagaian budaya dan akan rasa lebih yakin.

7. SUSUN JADUAL

Kanak-kanak sukakan rutin. Sejak bayi lagi hidup mereka adalah mengikut rutin. Ada waktu tidur, ada waktu menyusu dan lain-lain. Begitu juga mereka sudah mula membesar tetapkan rutin. Waktu tidur, bangun, belajar, kelas, waktu makan dan lain-lain.

Dengan adanya rutin yang tersusun seperti ini barulah hidup mereka akan lebih berdisplin dan juga akan membantu kita untuk hidup lebih tersusun dan teratur.

8. IBU BAPA YANG BERSALAH

Ya, kita yang bersalah jika mereka melakukan sesuatu kesalahan tersebut. Kita yang perlu dpertanggungjawabkan kerana apa setiap perilaku anak-anak adalah cerminan kita sebagai ibu bapa. Jika anak suka menjerit mungkin disebabkan kita sesama suami isteri suka bertengkar.

Jika anak-anak suka memukul, mungkin mereka selalu dipukul oleh ibu bapa. Atau mungkin mereka terpengaruh dari dunia digital kerana terlampau leka bermain telefon tonton YouTube dan sebagainya.

Jadi, jadi teladan yang baik untuk anak-anak kerana setiap perilaku kita mereka perhati dan ikuti.

9. BELAJAR BAHASA ASING

Masa terbaik untuk mereka belajar bahasa asing adalah sebelum umur 7 tahun kerana mereka memiliki keupayaan untuk mempelajari bahasa yang lebih baik berbanding dengan orang dewasa.

Mereka mampu menyerap segala-galanya.Rancangan untuk memperkenalkan mereka dengan pelbagai bahasa adalah untuk mereka mempunyai kelebihan apabila mereka dewasa nanti.

Jadi, setakat itu saja apa yang saya mampu kongsi kepada anda semua. Buku ini amat baik. Terdapat pelbagai info grafik dan gambar-gambar. Dia juga dibuat dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Jadi untuk tahu lebih lagi tips-tips membesarkan anak saya amat syorkan untuk anda membeli buku ini ya.. Bye..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: