INTERIOR DESIGN

7 Tips Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Renovate Dapur Idaman Anda

Dapur adalah antara ruang utama didalam rumah anda yang anda perlu titik beratkan kerana banyak aktiviti keluarga anda berlaku di dapur.

Disinilah tempat anda memasak, membawang, tempat makan dan lain-lain lagi. Jadi, sebelum anda masuk rumah baru rancang betul-betul susun atur dapur anda supaya selesa untuk memasak, menyimpan barang dan lain-lain.

Jadi suka disini untuk saya berkongsi sedikit tips-tips menarik untuk anda mendapatkan dapur yang selesa mengikut citarasa dan idaman anda.

Tips Pertama – Rule Segitiga Dapur

Segitiga kerja dapur adalah konsep yang digunakan untuk menentukan susun atur dapur yang efisien baik dari segi estetik dan berfungsi. Tugas utama di dapur rumah dilakukan antara dapur memasak, singki dan peti sejuk.

Ketiga-tiga titik dan garis khayalan di antara mereka, membentuk apa yang disebut oleh pakar sebagai segitiga kerja. Ideanya adalah bahawa apabila ketiga-tiga elemen ini berdekatan (tetapi tidak terlalu dekat) antara satu sama lain, dapur akan mudah digunakan dan efisien, mengurangkan langkah-langkah terbuang.

Terdapat pengecualian untuk peraturan ini: di dapur dinding tunggal, secara geometri mustahil untuk mencapai segitiga sebenarnya — tetapi kecekapan masih dapat dicapai melalui konfigurasi ketiga-tiga item tersebut, dan sejauh mana jaraknya.

Tips Kedua – Zon Dapur

Berikut adalah lima zon yang dapat kita pelajari dari rajah ini yang boleh anda gunakan di dapur anda – tidak kira saiz dan bentuknya! Bahagikan dapur anda kepada lima zon. Zon kerja asas yang perlu difikirkan di dapur anda adalah seperti berikut:

1. Zon Consumables: Kawasan yang digunakan untuk     menyimpan sebahagian besar makanan anda. Ini sebenarnya boleh dibahagikan kepada dua zon: satu untuk peti sejuk anda (makanan segar) dan satu lagi untuk pantri atau kabinet makanan anda (barang kering, minyak, dll.).

2. Zon Non-consumables : Kawasan yang digunakan untuk menyimpan pinggan mangkuk setiap hari, termasuk pinggan, mangkuk, gelas, dan lain-lain.

3. Zon mencuci: Kawasan yang mengandungi sink dan mesin basuh pinggan mangkuk (jika ada).

4. Zon persiapan: Kawasan di mana sebahagian besar persiapan dapur anda berlaku. Ini mungkin merupakan permukaan meja, atau pulau dapur.

5. Zon memasak: Kawasan yang mengandungi dapur, ketuhar, atau kisaran, dan mungkin microwave. Sebilangan besar dapur boleh dibahagi kepada kawasan-kawasan ini.

Walaupun anda tinggal di  pangsapuri kecil, anda mungkin masih mempunyai keperluan: peti sejuk (zon consumables), beberapa kabinet (zon non-consumables), sink (zon mencuci), sedikit ruang meja (zon persiapan), dan dapur (zon memasak).

3. Tips Ketiga – Jenis-jenis Design Dapur

Jadi selepas anda mengambil kira rule segitiga dan juga zon-zon yang penting di dapur. Anda boleh pilih layout dapur yang bersesuaian dengan citarasa dan ruang rumah anda. Untuk rumah yang besar anda mempunyai pilihan yang banyak untuk memilih layout yang sesuai.

Cuma akan terdapat kekangan sedikit jika anda duduk di rumah yang agak kecil. Kebiasaannya rumah sebegini akan menggunakan layout jenis I atau L sahaja.

Tips Keempat – Pilih Jenis Bahan/Material Yang Sesuai Dengan Bajet

Anda perlu ketahui beberapa bahan biasa yang digunakan untuk membuat kabinet dapur. Terdapat beberapa bahagian utama dalam binaan kabinet dapur anda, antaranya adalah table top dan kabinet.

Untuk table top kebiasaan dari kita akan memilih concrete table top dengan kemasan akhir adalah tiles/jubin. Ini kebiasanya dipilih kerana kos yang tidak berapa mahal dan tahan lasak, sesuai untuk kegunaan yang lasak dan banyak.

Ada juga kemasan lain untuk table top yang lebih cantik dan mahal seperti quarzstone. Untuk kabinet pula kebiasaan untuk mereka yang mempunyai bajet terhad boleh la memilih melamine untuk kemasan kabinet mereka kerana lebih jimat tetapi ia agak kurang tahan lasak.

Nyatoh juga menjadi pilihan sesetengah pemilik rumah tetapi kosnya agak tinggi. Pada zaman ini terdapat juga kemasan dapur jenis aluminum yang tahan lasak. Jadi pucuk pangkalnya anda perlu tahu bajet dan pilihan jenis bahan yang akan digunakan. Yang penting ukur baju dibadan sendiri.

Tips Kelima – Survey Dahulu Kos Yang Diperlukan

Apa kata anda survey dahulu sebut harga yang diberikan oleh beberapa kontraktor atau pembekal yang berbeza. Jadi disini anda boleh compare bahan yang digunakan dan juga harga yang diberikan. Tapi ingat tak semestinya yang murah itu baguskan.

Tips Keenam – Pastikan Ruang Dapur Untuk Rumah Mencukupi

Apabila kita masuk rumah baru sudah tentu kita nampak rumah kita agak luas sebab tiada sebarang perabot atau bahan binaan yang baru. Jadi anda akan rasa ruang rumah anda luas dan boleh buat pelbagai perkara.

Jadi anda perlu ukur dan buat perancangan pelan layout rumah dan dapur yang sesuai dengan keluasan sebenar rumah anda.

Tips Ketujuh – Pastikan Aspek Pengudaraan Ada

Tips yang terakhir jangan lupa aspek pengudaraan supaya apabila anda memasak, udara atau asap masakan dapat disedut keluar dari dapur.

Tak kisah dengan cara apa yang anda rancang untuk gunakan, sama ada nak guna exhaust fan atau pun kitchen hoob pastikan ruang dan lokasi untuk pemasangan alatan tersebut mencukupi.

Jadi itu sahaja buat masa ini. Ya, memang excited bila kita nak renovate dapur ni tapi jangan lupa untuk merancang dahulu sebaik mungkin. Sebab 90% kejayaan sesuatu perkara bergantung kepada berapa teliti kita merancang.

Begitu juga dengan kerja-kerja renovasi. Pastikan anda merancang dengan cukup supaya hasil yang anda inginkan tercapai. Sekian dari saya Co-founder RENORUMAH.COM – Renovate Rumah Tanpa Deposit.

#kabinetdapur #kabinetrumah #renovaterumah #interiordesignmalaysia #renorumah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: