ENTREPRENEURSHIP KEHIDUPAN RANDOM

Hikmah Covid-19 Kepadaku dan Mungkin Juga Kepada Anda!

Waktu menulis ni dah masuk lebih 20 hari duduk dirumah setelah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia. Untuk diri aku secara personal memang sangat terkesan secara fizikal dan emosi.

Mana tak nya..memang pendapatan bergantung kepada perniagaan semata sekarang ni dan perniagaan pula memerlukan perkerja bekerja di site dan menyiapkan kerja-kerja renovasi rumah. Bila tak ada kerja cash flow syarikat pun agak kacau memandangkan syarikat kami ni bukanlah besar dan ada cash reserve yang banyak untuk support.

Dan latihan kelab bola sepak aku pun terpaksa diberhentikan buat sementara waktu ni..Namun begitu selepas sekian waktu menghabiskan masa dekat rumah nampak hikmah lain yang Allah telah susun untuk diri ini..

1. Lebih Banyak Masa Dengan Anak dan Isteri

Masa yang terluang ni banyak dihabiskan bersama dengan anak dari celik mata sampai tutup mata sebelum tidur. Alhamdulilah anak yang dibawah 1 tahun ni masi bayi dan cepat membesar. Sekarang dapat tengok di dalam proses mengesot dan merangkak.

Kalau sebelum ni tak aktif sangat sekarang semua benda nak dicapainya..Terima kasih Allah untuk nikmat ini. Isteri pula lebih banyak masa untuk mencuba resepi-resepi baru untuk santapan..gemuk la jawabnya..

2. Banyak Masa Untuk Berfikir dan Refleksi Diri

Untuk berfikir pun memerlukan masa. Untuk diri aku..Aku perluka space atau masa sendiri untuk berfikir..Selain dari brainstorm bersama dengan team..

Tapi untuk aku lebih banyak berfikir tentang cara untuk perbaiki diri, kewangan dan taraf hidup. Berfikir macam mana walaupun manusia tidak boleh bergerak tetapi dengan teknologi yang ada sekarang kita masih boleh berhubung antara satu sama lain.

Jadi, ini merupakan satu peluang untuk kita semua berfikir bagaiaman nak jana pendapatan walaupun tidak perlu keluar dari rumah. Dan inilah banyak masa untuk update blog ni, kalau tak memang bersawang..

3. Cepat Bertidak Mencari Peluang

Dalam zaman ini siapa yang cepat dia menang..Semua serba pantas..Jadi tindakan pun harus pantas..Jadi selepas berfikir panjang dah dapat idea tidakan yang cepat adalah penting.

Tak boleh nak duduk diam tak buat apa. Tindakan perlu ada. Jadi masa ni lah aku belajar untuk melakukan tindakan yang lebih cepat dalam keadaan krisis ni.

4. Wang Simpanan Kecemasan

Memang sebelum dah ada simpanan ni tapi tak berapa cukup. Baru sekarang terasa betapa pentingnya tabung simpanan kecemasan ni.

Seeloknya perlu ada sekurangnya 6 bulan simpanan yang sama dengan pendapatan kita untuk 6 bulan. Sebab apa, nak guna waktu-waktu krisis ni la..Kalau boleh kita buat sehingga cukup 1 tahun wang simpanan.

Dan tabung ni kena upgrade setiap masa mengikut tahap hidup dan kadar perbelanjaan kita setiap bulan.

5. Lebih Mengutamakan Kebersihan

Sebelum ni bukan lah tak bersih sangat. Tapi sekarang ni lebih berhati-hati. Kalau keluar je balik mesti bash tangan selalu. Dan lebih menjaga tahap kebersihan diri, tempat tinggal dan keluarga.

6. Banyak Idea Baru

Yang ini memang banyak sangat idea-idea baru datang. Tinggal nak laksanakan je. Sebab apa kena execute sebab tiada tindakan tiada hasil.

Kalau la idea-idea ni boleh jual macam tu je kan senang..Banyak idea pun susah kena tapis mana yang penting dan kurang. Dan mana yang patut didahulukan.

Sebab kalau semua benda nak dikejar memang tak tercapai. Yang penting fokus tentang perkara yang perlu dahulu..

3 comments

  1. Banyak hikmah semasa PKP ni. Banyak perkara seperti yang ditangguh kini mula berjalan dan kemesraan dengan keluarga juga bertambah baik. Saya juga ada menulis tentang ini. Boleh saya share artikel ini di social media saya?

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: