Sewaktu menulis entry kali ini adalah ketika kita semua sedang menghadapi situasi sukar dalam negara yang mana kita berada dalam tempoh kawalan pergerakan disebabkan penularan virus covid19.
Kurang dari sebulan tempoh ini berkuatkuasa saya dan juga team renorumah telah pun pergi ke Kuala Kubu Bharu untuk sesi team bonding.
Kami semua bercadang untuk pergi untuk sesi water rafting ini disebabkan kebanyakkan dari team kami di Renorumah.com adalah baru jadi idea datang untuk kita semua pergi untuk buat satu aktiviti yang baru dan asing bagi kami semua.
Apa kata kita pergi water rafting. Kawan aku dengan team dia ada pergi haritu dengar citer macam best je.” kata seorang founder Renorumah
Tak perlu masa lama kami semua pun setuju dan terus cari tarikh yang sesuai iaitu hari Isnin. Kenapa Isnin waktu bekerja? Rasanya waktu ini mungkin orang tak ramai dan tak sesak di musim virus Coronavirus ni kan.
Memang betul pun di hari kejadian hanya kami satu team je yang ber water rafting..Di hari kejadian hari Isnin kami semua mula berkumpul di pejabat dahulu sebelum berangkat pergi ke Kuala Kubu Bharu. Tiba agak lewat lebih kurang jam 10 lebih memandangkan jalan keluar ke KL agak sesak sebab hari Isnin kan..
Setiba nya disana kami bertemu dengan operator yang akan bawa kami dan guide kami menjalankan aktiviti water rafting ni. Tak berapa ingat nama abang ni. Peramah dan sangat lawak orang nya.
Memang dia full time buat benda ni dan memang dia pun dah pindah dan menetap di Kuala Kubu Bharu bagi menjalan bisnes water rafting beliau.
Jadi selepas dah siap letak dan parking kereta semua sesi taklimat pun bermula. Memang 1001 tips yang diberi tentang cara-cara ketika water rafting tapi memang tak ingat pun. Sebab pertama kai kan..Apa yang ingat abang tu cakap paling penting dengar arahan ketua / guide dan senyumm..

Memang kami semua rata-rata majoriti tak pandai berenang. Jadi memang agak risau juga. Selepas sedikit taklimat dan demo kita pun mula turun kan boat ke dalam sungai. Air agak deras dan cantik ikut kata guide sebab musim tengah ok. Sebab air sungai tu bergantung kepada air empangan. Jadi kalau musim ok empangan akan lepas kan air, baru air banyak dan deras untuk buat aktiviti water rafting. Kalau cuaca tak ok air sungai akan kurang dan mungkin tak boleh nak buat aktiviti water rafting pun dan perlu berpindah ke sungai di Slim River.

Jadi kami bergerak dengan dua boat kuning. Air memang sejuk dan selepas sedikit demo lagi macam mana nak tarik dari orang jatuh ke sungai ke dalam boat kami pun mula kan kayuhan.

Air dia memang sejuk dan saya la orang pertama yang merasainya sebab saya la orang pertama yang kecundang jatuh masuk ke sungai selepas lalu cerun yang pertama..haha..
Tapi jangan risau..sebab memang 100% semua kan jatuh dan boat akan terbalik. Tapi jangan risau awal-awal rasa takut tapi lama sikit akan rasa best.

Jarak yang kami akan lalui adalah lebih kurang 7 km. Memang jauh dan ambil masa dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam. Masa perjalanan boleh nikmati suasana hutan dan sungai yang segar.
Dan akan ada pitstop air terjun untuk rehat. Waktu tu boleh mandi dan makan alas perut sebelum teruskan kayuhan.


Apa yang best lepas habis lalu semua cerun.. semu boleh turun dan kita hanya perlu apungkan badan untuk ke pit stop terakhir sebelum tamat. Waktu tu sangat tenang dan best sebab air sungai sejuk segar. Boleh baring sambil dihanyutkan sungai ke penghujung dimana kereta kami di parking.

Jadi, untuk pengalaman pertama ni boleh dikatakan sangat best. Bagi sesiapa yang nak merasa water rafting boleh try di Kuala Kubu Bharu. Mencabar, best, nyaman!
#waterrafting #kualakububharu #extreme