Pejam celik dah lebih setahun penubuhan Wizards Football Club yang ditubuhkan pada tahun 2018 dan mula aktif menjalankan latihan bolasepak untuk anak-anak Malaysia di bawah umur 12 tahun. Banyak yang dipelajari berbanding apa yang diajarkan. Jadi nak share sikit dari sudut coaching tentang apa yang dipelajari sepanjang tahun ini.

1. #FUN – Tak banyak yang diorang ni fikir sangat, hanya nak berseronok dengan kawan-kawan sambil bermain bolasepak. Jadi setiap sesi latihan kena selitkan unsur-unsur fun supaya pemain-pemain tak cepat bosan dan hilang fokus.
Jadi jurulatih kena kreatif dan kurangkan memberi penerangan yang panjang lebar dan meleret. Banyak kan demo dan libatkan setiap pemain-pemain dalam setiap aktiviti.
Kalau dah nampak mereka dah mula sembang-sembang, tengok kat tempat maknanya mereka dah mula bosan la tu.
2. #MENANG BUKAN SEGALANYA – Setiap kali perlawanan apa yang saya belajar adalah untuk tidak terlampau fikirkan tentang kemenangan sebab, kalau difikirkan semata pada kemenangan sudah tentu saya akan pilih pemain yang terbaik untuk bermain.
Jadi, tertutup la peluang untuk pemain-pemain lain untuk bermain dan peroleh pengalaman. Biar kalah tidak mengapa tapi apa yang boleh dipelajari dari kekalahan dan perbaiki. Sebab kita bina kemenangan jangka masa panjang!
3. #TIADA #POSISI SPESIFIK – Untuk pemain-pemain kami tak pernah tetapkan posisi spesifik bagi setiap pemain. Saya bagi mereka semua rasa main keeper, striker, mid, defend, kiri , kanan.
Hasilnya, ramai pemain-pemain ni yang sangat versatile. Ramai pemain kami yang boleh main 2 3 posisi dengan baik.
Even yang kecil pun boleh dah ada basic goalkeeping yang baik dan dalam masa yang sama top scorer untuk team.
Yang bagus bermain dengan kaki kanan saya akan cuba letak dibahagian kiri supaya di berlatih dan selesa untuk guna kaki kiri pula.
4. #BOLA #DIKAKI – Lebihkan latihan yang melibatkan bola. Bagi saya pemain perlu selalu apabila bola berada di kaki mereka dalam apa jua situasi. Supaya mereka bola dan selesa untuk meminta bola dan bermain dalam mana-mana sudut di dalam padang.
Saya tak akan buat fitness atau endurance yang macam pemain pro buat. Sebab daya tahan pemain-pemain bawah 12 tahun ni lain.
Kalau nak buat fitness pun masih bersama dan boleh libatkan bola juga dan pantau penerimaan mereka dan berhenti untuk water break jika perlu untuk rehydrate.
5. #JURULATIH #ADALAH #CERMIN KEPADA PEMAIN-PEMAIN – Untuk pemain bawah 12 tahun terutamanya, mereka perlukan bimbingan dan juga contoh atau role model yang perlu mereka ikuti.
Kalau jurulatih memaki hamun maka samalah hasilnya nanti pada pemain-pemain. Jika jurulatih datang lewat maka lewatlah dan kuranglah displin anak-anak ini dengan masa.
Visi kita bukanlah untuk menjadikan mereka pemain bolasepak yang baik sahaja tetapi lebih kepada memupuk dan melahirkan modal insan dan masyarakat yang lebih baik yang dapat menyumbang dan berbakti kepada negara, bangsa dan agama pada masa akan datang!
Sekian.
Zulhilmi Salim
181219
Jurulatih Tak Berapa Nak Berpengalaman