5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Melakukan Pembedahan Lutut Bagi Merawat Kecederaan ACL Anda!

Adakah anda seorang yang aktif bersukan mahupun seorang atlet? Jika ya, anda adalah geng saya juga yang mana kita ni adalah golongan yang antara berisiko untuk menerima kecederaan. Tapi jangan pula anda takut dan tak mahu lagi aktif dan bersukan!

sumber : http://kneesafe.com/knee-injury-first-aid/

Kalau anda seorang pemain bolasepak seperti saya, atau anda seorang pemain ragbi, hoki, bola keranjang atau lain-lain sukan yang melibatkan pertukaran arah secara tiba-tiba atau mengejut, kecederaan terkoyak ligamen ACL adalah perkara biasa dalam kecedaraan sukan.

Jadi, berdasarkan pengalaman saya yang dah 2 kali operate lutut ni, suka untuk saya share tentang beberapa tips ini yang anda boleh jadikan rujukan dan panduan sebelum melakukan sebarang prosedur pembedahan bagi merawat kecederaan lutut anda tersebut.

1. Rujuk Pada Yang Pakar

Sebelum anda membuat sebarang keputusan samada untuk melakukan prosedur pembedahan ACL reconstruction atau pun tidak, anda wajib untuk merujuk kepada yang pakar! Kalau untuk kes saya ni saya rujuk kecederaan lutut saya ni dengan Dr Manmohan Singh (Consultant Orthopedic & Spine Surgeon. Qualification: MD (UKM), MS (Orthopedics)(UKM), Fellowship in Spine Surgery (Malaysia), CMIA (NIOSH) dari Hospital Columbia Cheras selepas beberapa hari kecederaan berlaku.

Untuk kes saya ni, kecederaan lutut ni berlaku ketika saya bermain bola sepak di Universiti Malaya dalam satu perlawanan liga bola sepak amatur. Dalam satu situasi dimana saya telah salah landing ketika melompat. Jatuh dalam keadaaan yang awkward yang mana telah menyebabkan lutut saya terpusing atau dislocate sedikit. Rasa lepas tu memang sakit dan saya pasti ketika itu sesuatu yang buruk telah berlaku.

Venue dimana berlakunya kecederaan tersebut

Pada masa itu memang lutut bengkak dan tak boleh berjalan melainkan menggunakan tongkat. Dr cakap masa tu, dari x-ray takda apa dan mungkin ligamen over stretch saja dan dia bagi cuti rehat dalam 2 minggu dan minta datang semula kalau masih tak baik dalam masa sebulan.

Jadi lebih 2 bulan kemudian datang berjumpa balik dengan Dr sebab walaupun dah boleh jalan dan bengkak pun dan surut, bila cuba untuk berlari dan main bola rasa sakit dan tak cukup kuat.

Jadi lepas MRI, disahkan oleh Dr yang ACL putus, meniskus koyak dan ada ligamen lain juga yang partially koyak. Jadi Dr suggest untuk buat surgery ACL reconstruction jika masih nak main bola. Kalau tak nak buat tapi masih nak aktif hanya boleh sukan yang tak melibatkan tukar arah seperti basikal dan berenang.

Tapi kalau nak main sukan seperti bola memang tak boleh, sebab memang dah try beberapa kali even masa saya buat coaching pun kalau tersalah gerak, lutut akan seolah-olah dislocate atau rasa berpusing.

Jadi, untuk buat keputusan nak buat surgery atau tidak memang kena tanya yang pakar, kalau ragu-ragu dengan Dr boleh refer fisio sukan yang lain tengok apa mereka cakap.

Balik dan fikir dahulu sebelum buat keputusan kalau tak buat prosedur, masih ada rasa sakit atau mengganggu tak aktiviti seharian anda? Jika ya sudah tentu anda harus buat prosedur pembedahan. Tapi kalau anda seorang atlet dan ini adalah punca pendapatan anda memang anda kena buat lah kan.

2. Kos Rawatan Pembedahan ACL reconstruction

Secara kasarnya, anggaran untuk pembedahan Acl Reconstruction lebih kurang Rm 30,000 lebih.

Ok ini. saya share sikit invoice yang saya terima dahulu.

Jadi sebelum anda nak operate tu boleh cek dahulu dengan ejen insurans anda sama ada untuk coverage pembedahan ACL ni ada cover ke tak? Atau mungkin company punya medical card coverage ada cover atau tidak, yang ni mungkin boleh cek dengan HR atau direct dengan syarikat insuran.

Kalau hospital kerajaan mungkin lebih murah la tapi rasanya tak silap saya dulu pernah tanya kalau kerajaan kena tunggu giliran mungkin makan masa 2- 3 bulan (tapi yang ini saya tak pasti).

Jadi bila dah cek dengan syarikat insuran anda dan jika mereka cover, boleh la bagi tahu hospital untuk proceed dan mereka akan request GL kepada syarikat insuran yang berkenaan.

So, inilah dia kelebihan ada medical card, kepada anda yang belum ada tu cepat-cepat apply mana tahu emergency nanti boleh pakai.

3. Persediaan Mental dan Fizikal

Masuk dalam dewan pembedahan mungkin perkara yang menakutkan. Tapi kalau pembedahan ACL Reconstruction ini apa yang bagi saya paling penting adalah untuk lebih bersedia dari segi mental dan fizikal kerana anda amat memerlukan semangat yang kuat setelah prosedur pembedahan dibuat.

Paling tak best adalah selepas anda sedar dari pengsan setelah ubat bius habis. Masa ni rasa sakit mula datang dan malam pertama anda pasti tidak cukup tidur dan terpaksa untuk kencing di atas katil sahaja (buang air dalam bekas)

Fizikal dan mental anda harus kuat untuk mengharungi hari-hari dan minggu- minggu mendatang tanpa sokongan salah satu anggota badan anda yang utama. Dan dalam masa sama harus terus menjalankan proses rehab/recovery dengan sabar.

Jadi disini sokongan ahli keluarga dan orang terdekat amatlah penting dalam tempoh ini.

4. Berapa Lamakah Tempoh Rehab?

Perkara ini sedikit subjektif sebab bergantung pada tahap kecederaan seseorang itu. Ikut pengalaman yang pertama kali haritu kalau ikatkan total minimum untuk dapat semula kecerdasan dan boleh aktif semula kebiasaannya 6 bulan. Boleh jadi 9 bulan juga apa-apa pun ikut nasihat Dr.

Jadi dalam tempoh ini kita kena make sure kita kena buat fisio dengan baik dan sabar tak boleh terlalu cepat dan lambat.

Untuk 2 minggu pertama adalah untuk mendapatkan atau lutut anda boleh extend betul-betul lurus dan bengkok sehingga 90 darjah pun dah cukup bagus dan lepas 2 minggu ini anda boleh cuba bawa kereta, kalau tak sakit boleh cuba. (Tapi apa-apa pun the best is anda refer balik fisio atau doktor anda)

Untuk MC pula anda akan diberi cuti sakit utk selama 90 hari iaitu bersamaan 3 bulan. Ada Dr. yang bagi terus 3 bulan tapi ada juga yang bagi sikit-sikit, nanti next appointment kalau perlu MC lagi nanti dia bagi lagi.

5. Barang Keperluan Tambahan Yang Perlu Disediakan

  1. Cold Pack – Ini adalah antara barang yang akan menjadi peneman anda boleh dikatakan sepanjang masa selepas anda siap menjalani pembedahan. Lutut anda memang akan bengkak selama lebih kurang 2-3 minggu. Jadi anda perlu letakkan ais dan buat ice treatment selalu untuk mengurangkan bengkak dan rasa sakit.

2. Botol Spray – Haa..mesti pelik kan. Tak peliklah, untuk anda yang muslim tu, anda akan hilang upaya nak bergerak pergi ke bilik air. Jadi kalau nak ambil wuduk tu anda boleh ambil wuduk atas katil je. Kan senang.

3. Kerusi Tongkat Lipat – Ni lagi satu perkara yang anda perlu sediakan. Kalau anda perasan dekat surau dan masjid ada pakcik-pakcik yang bawa kerusi tongkat ini bagi memudahkan mereka untuk bergerak dan duduk. Selama 2-3 bulan ni memang anda tak boleh nak solat dan lipatkan kaki macam biasa. Jadi anda perlukan kerusi untuk membantu anda memudahkan solat Jumaat nanti.

4. Tandas Duduk Mudah Alih – Yang ni anda hanya perlukan jika rumah anda tiada tandas duduk dan hanya ada tandas cangkung. Memang wajib sebab kalau tiada macam mana anda nak membuang. Cuba bayangkan..

Jadi, akhir kata untuk anda semua yang tengah merancang nak buat operation ACL tu boleh fikir masak-masak dan goodluck!!


Jom klik sini untuk tonton video saya tentang pengalaman operate ACL ni

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s