
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Tempoh hari saya dan isteri dengan tidak dirancang kami melawat ke rumah contoh di setia Eco Templer yang berlokasi di 1, Jalan Ipoh- KM20, Taman Rekreasi Templar, 48000 Rawang, Selangor.
Rasanya memang dah jadi hobi saya dan isteri pulak sejak hujung tahun 2018 dan awal tahun ni. Kami kalau hujung minggu, kalau tak ada apa benda nak buat kami akan buat lawatan atau pun window shopping ke rumah-rumah untuk di tapak pembangunan baru di sekitar Lembah Klang.
Jadi kebetulan tempoh hari kami ada lalui di depan Setia Eco Templer ni, jadi kami pun singgah la ke sana.
First impresion memang wow. Kawasan di kelilingi bukit-bukit hijau. Memang tenang dan aman rasanya. Walaupun lokasinya hampir dengan tengah bandar yang mana takda Ia jauh sangat rasanya dalam 36 minit – 45 minit ke KLCC.
Dari segi design rumah di Setia Eco Templer ni memang ohsem. 5 bintang saya bagi. Ada 2 konsep kalau tak silap saya, konsep Bali dan lagi satu konsep Peranakan. Bagi saya lebih minat kepada konsep Bali yg lebih simple.
Dari segi harga, agak mahal berbanding dengan banyak pilihan lain yang ada di market. Harga permulaan sekitar Rm 800k utk teres sahaja belum bunglow. Tapi ikut poket masing la kan dan harganya boleh dikatakan setimpal dengan suasana persekitaran dan rumah yang ditawarkan.
Kalau tanya saya, saya akan cari tempat lain sebab sedar diri sendiri tak berapa mampu dan ada banyak lagi pilihan yang sesuai dengan poket saya. Apa-apa pun property boleh saya bagi 5 bintang!!