BISNES ENTREPRENEURSHIP

Apa Yang Saya Belajar Dari Kelas SEO Cik Suraya Ali?

Alhamdulillah. Tanggal 6/9/2018 hari tu saya diizinkan untuk turut sertai menuntut ilmu tentang SEO ni. Sebelum ni pernah la dengar tapi tak berapa nak tahu sangat fungsi dan kegunaan benda alah ni dalam bisnes dan marketing.

Sebelum tu apa yang saya dah dapat faham hasil dari kelas SEO ni adalah SEO ni search engine optimisation yang mana fungsi nya bila kita nak Google cari maklumat dekat internet kan kita akan taip kata kunci dekat Google dan kemudian Google akan keluarkan segala maklumat yang paling bertepatan dengan kata kunci tu ikut ranking.

Jadi apa yang saya dapat belajar di kelas SEO dari seorang Cik Suraya Ali ni adalah macam mana kita nak buat penulisan atau tulis info dan penulisan kita tu berada di ranking yang atas-atas je. Jadi secara tak langsung kita dapat tarik trafik ke website atau blog kita dan orang akan dapat info dari kita dulu dan bukan orang lain.

Macam-macam lagi yang belajar dekat kelas SEO ni, antaranya adalah perbezaan antara Google Adwords dan SEO? Apa rasionalnya SEO dalam bisnes kita? Macam mana nak tulis copywriting yang padu? Macam mana nak tahu keyword yang orang selalu cari?

Kelas SEO ni antara kelas SEO yang mahal tapi murah? Faham tak? Rasa nya banyak kelas SEO lain dekat luar sana tapi saya tak sempat nak join dan banyak nya mahal-mahal yurannya. Tapi kelas SEO anjuran MDEC ni RM25 je. Adoi.. Memang rugi tak join kelas SEO ni. Content kelas SEO ni memang padat dan padu, memang berasap kepala dibuatnya.

Jadi dengan ini saya Zulhilmi Salim berbesar hati mengajak kawan-kawan kalau ada nak join kelas SEO ni boleh rajin-rajin follow Cik Suraya Ali dekat FB atau cer rajin-rajin godek2 website Mdec mungkin ada tu.

Zulhilmi Salim, Newbie SEO, 060918.

%d bloggers like this: