SATU CARA BEST BAGAIMANA UNTUK LEBIH MENGENALI PASANGAN ANDA?

Pergi la vacation sama-sama. Ni salah satu cara kita semua mengenali diri pasangan masing-masing secara dalam.Terutamanya bagi pasangan yang baru berkahwin. Nak cakap saya ni pakar tak mungkin la kan.

Cuma saya ni pakar hidup sorang2. (4-5 tahun juga la, lepas grad terus berkelana dekat KL..Haha..) Jadi hidup berpasangan ni baru masuk sebulan lebih. Bila bercuti sama ni kita dapat tengok bagaimana reaksi dia dalam macam-macam situasi dan hal.

Tahap sabar dia macam mana. Tahan panas ke tak. Penakut ke tak. Makanan kegemaran dia apa. Lebih kurang macam tu la. Jadi apa yang penting sangat nak kenal? Kalau nak hidup bersama sepanjang hayat kena la kenal.

Baru la tiap hari-hari bersama dilalui dengan penuh kasih sayang dan dibawah redha ilahi dan bertambahnya pahala buat saham akhirat.

Bila bahagia dengan pasangan InshaAllah rezeki pun mudah dijemput. Amin.

Zulhilmi Salim

Jejaka Maldives

130918