ORANG MALDIVES PUN BOLEH CAKAP BAHASA MALAYSIA TAU!!

Ni cerita tempoh hari dekat perkampungan salah satu pulau di Maldives. Tengah jalan-jalan nak beli souvenir nak bawa balik Malaysia, terserempak dengan tuan kedai runcit ni.

Disapanya dengan ‘Apa khabar?’ eh..power betul mamat ni boleh cakap bahasa Malaysia. Oh dia cakap dia pernah kerja dekat Malaysia 9 tahun dekat kilang di Johor.

Sembang la sikit-sikit dengan dia. Dia cakap kerja sudah lama dekat Malaysia, balik dah cukup duit nak buka kedai. Jadi sekarang dah berjaya buka kedai runcit.

Tapi pakcik dia sangkut dekat Malaysia, tapi dah kaya dekat Malaysia. Mungkin la kot. Sebab kalau rajin usaha rezeki InshaAllah ada.

Kampung-kampung dekat sini kecil-kecil je, rasanya Kampung Durian Sebatang dekat Malaysia tu lagi besar. “ada ke?”

Rumah-rumah pun kecil-kecil. Tapi semua tu bukan halangan. Selagi manusia itu berusaha jalan untuk berjaya tu sentiasa ada kan.

Zulhilmi Salim

Jejaka Maldives

120918