INTERIOR DESIGN RUMAH

3 Tips Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Renovate Rumah Anda

Ni mari baca sikit tips dari bro tentang apa yang perlu dilakukan sebelum nak buat renovate rumah tu. Jangan hentam je, nanti habis hangus duit bajet renovation kawan-kawan semua.

TIPS 1: JANGAN TERGESA-GESA!

Ya..Bro faham kawan-kawan bro semua dah dapat rumah baru ni, kadang tak sabar kan nak pindah masuk. Tak sabar nak renovate rumah sana sini, lepas tu nak jemput semua datang housewarming kan.

Yang penting sebelum pilih kontraktor, buat pemilihan kontraktor yang anda rasa terbaik dari segi kelayakan dan pengalaman kerja. Kalau boleh minta profil syarikat mereka. Paling best buat lawatan ke ofis mereka. Ambil masa untuk buat saringan!!

TIPS2: TENTUKAN BAJET ANDA..

Haa..Kalau nak buat sesuatu atau nak belanjakan sesuatu tu mesti kita perlu tengok bajet untuk renovate rumah dulu kan. Dari bajet tu la baru kita rancang nak buat apa. Tak semestinya kita kena buat semua benda kan.

Jadi buat renovasi perkara-perkara yang penting dahulu. Jangan buat semua.. Takut nnti hangus poket tu..Lain la kalau memang Jutawan, yang ini diizinkan. Boleh panggil Bro untuk bantu renovate..hihi

TIPS3: BUAT KONTRAK.

Yang ni antara yang paling penting..Minta mereka sediakan dokumen-dokumen yang menyatakan kerja dan segala tanggung jawab kontraktor sebelum renovatebrumah kita. Lebih baik lantik peguam untuk sediakan kontrak jika nilai kerja bernilai ratusan ribu ringgit.

Sekian..Selamat renovate rumah!

%d bloggers like this: