BISNES ENTREPRENEURSHIP

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Visi & Misi?

Mungkin ramai antara kita yang tak pernah kongsikan atau pun beritahu pada staf kita tentang impian atau lebih tepat kita sebut sebagai visi dan misi bisnes kita. Sini suka ingin saya kongsikan tentang apa itu visi dan misi. Bahasa mudahnya visi adalah dimana kita lihat bisnes atau syarikat kita pada masa hadapan? Contohnya pada tempoh masa tertentu pada masa akan datang mungkin 5 – 10 tahun akan datang bagaimana pencapaian syarikat kita? Dimana kita ingin bawa? Misi pula lebih kepada bagaimana pada waktu kini kita boleh bawa syarikat kita ke arah visi kita tersebut?

Jadi apa yang penting sangat visi dan misi ni? Era sekarang ni, saya percaya semua antara kita pernah pakai aplikasi waze kan semasa memandu. Jadi analoginya sangat mudah, jika anak kapal kita sendiri atau lebih parah apabila kita sendiri sebagai kapten kapal tidak tahu kemana arah kapal ingin dituju. Cuba bayangkan jika anda berada diatas kapal yang tidak ada haluan, mesti huru hara kan.

Jom saya kongsikan lebih lanjut 5 sebab kenapa pentingnya visi dan misi dalam sesebuah organisasi?

1. Menentukan Halatuju Syarikat.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, visi dan misi syarikat menentukan hala tuju syarikat. Jika semua didalam organisasi tahu berkenaan dengan halatuju syarikat, sudah tentu syarikat lebih mudah capai matlamat yang diinginkan.

2. Syarikat dan bisnes akan lebih fokus.

Semua ahli didalam organisasi akan lebih fokus kepada matlamat yang ingin dicapai dalam tempoh masa yang ditetapkan.

3. Membantu Keputusan.

Membantu dalam sebarang keputusan yang perlu dibuat ataupun sukar dibuat. Ada ketika kita sukar untuk membuatkan keputusan jika ada perkara berbangkit, tetapi jika ada visi dan misi yang jelas, nescaya ia akan jadi panduan untuk membjat keputusan penting dalam syarikat.

4. Membentuk Strategi.

Setiap usahawan perlu ada strategi dalam bisnes. Jadi strategi lebih mudah untuk dijalankan jika kita sudah tahu kemana dan apa yang ingin kita capai.

5. Menggalakan Perubahan Positif.

Ramai orang sebenarnya takut akan perubahan. Disebabkan rasa insecure. Namun jika visi dan misi jelas. Semua orang faham. Perubahan yang berlaku didalam syarikat lebih mudah dilaksanakan kerana semua ahli faham tentang nilai perubahan tersebut kenapa ianya perlu dilakukan.

Sekian.

%d bloggers like this: