
Haa.. Mesti korang pelik kan. Orang sekarang semua tengah kecoh isu politik, pasal hutang negara la. Mat Sabu la. Lim Guan Eng la..Ni aku nak ajak sembang-sembang pasal World Cup pula.
.
.
Tak muak ke dengar pasal politik ni. Haha. Tapi kalau dah suka nak dengar dan baca nak buat macam mana kan. Teruskan la. Tapi pada pandangan marhaen aku sebagai seorang rakyat Malaysia la kan. Bagi barisan kepimpinan negara buat kerja mereka dulu. Terlalu awal nak judge dan tengok hasilnya. Bagi masa sekurang-kurangnya 2-3 tahun kita tengok hasil dia.
.
.
Jadi kita chill2 je ok. Puasa-puasa ni kita fokus ibadah dan sembang pasal bola pulak la. Eh.. Hahaha
.
.
#Perlawanan #pertama #WorldCup
=============================
So, apa yang menarik kita nak borak ni. Anda semua tahu tak World Cup 2018 perlawanan pertama adalah antara tuan rumah Rusia menentang wakil dari Asia. Tahu tak negara mana? Arab Saudi weh. Ya sheikhh.. Ya hajj.. Haha..
.
.
Jadi kita nak sembang sikit pasal pasukan Arab Saudi ni. Jadi ni dah agak lama Arab Saudi tak layak ke World Cup sejak sesi 2006 (tapi lagi lama Malaysia tak layak. Since forever kot. Haha😅).
.
.
Mesti semua jarang pun nak dengar pasal team Arab Saudi ni kan. Sebab bukan favourite. Tapi saja la nak jugak aku borak-borak sikit pasal team ni. Nyaris2 jugak dorang layak ke World Cup ni. Last game kelayakan menang tipis dengan Jepun 1-0. Jadi dorang layak ke Russia walaupun berkongsi mata dengan Australia.
.
.
Kalau nak ikut rekod World Cup sebelum ni pun tak berapa nak memberansangkan. Pertama kali layak tahun 94 di USA. Dekat sini rekod paling baik menang 2 kali dan layak ke round 16. Tapi Wc98, Wc02 dan Wc06 tak pernah menang. Kalah memanjang dan seri je. Dan kekalahan paling teruk dengan German, kalah 8-0. Mungkin dekat luar sana player kempunan nasi unta kot.
.
.
Apa-apa pun tu result tahun2 lepas. Mungkin tahun ni lain. Tapi memandangkan sesi friendly match untuk persediaan pun tak berapa nak boleh pergi. Kalah dengan Belgium 4-0, pastu dengan Iraq pun tak leh makan, kalah 4-1. So, ramai yang anggap Arab Saudi ni macam pasukan untuk cukupkan korum je la. Tambahan isu 2 kali jugak coach dorang kena pecat dalam masa 2 tahun ni.
.
.
Siapa coach dia? Okay sekarang coach terbaru Arab Saudi adalah Juan Antonio Pizzi (buka Pizi yang ni Mohd Afif Hafidzy), yang baru je bawak Chile jadi Juara Copa America 2016. Tapi yang tu bawak Chile. Pedas sikit boleh pergi.
.
.
Kalau Harimau Malaya ada Syafiq Rahim 🤭. Arab Saudi ada Mohammad Al-Sahlawi. 30 tahun posisi striker. Main dekat kelab Al-Nassr. Kebanyakkan player Arab Saudi ni main dekat liga tempatan je. Jadi ni mungkin boleh dijadikan faktor dorang susah nak adapt dengan pemain-pemain lawan nanti.
.
.
Satu grouping dengan team tuan rumah Russia, pastu ada Uruguay dengan Egypt pulak. Hmmm.. Apa2 pun goodluck pada Arab Saudi. Harapan aku tak banyak. Kalau kalah setakat 1-0, 2-1 tu dah kira okay sangat la tu.
.
.
#segalanyabola
#sembangworldcup
#borakworldcup