
Rahsia utama dalam mengekalkan hubungan rakan kongsi dalam perniagaan yang ingin saya kongsikan disini kepada semua usahawan diluar sana adalah yang pertama perlunya memiliki rasa hormat. Hormat disini bermaksud menghormati rakan kongsi dengan menerima segala kekurangan beliau. Jika kita boleh menerima kelemahan rakan kongsi kita barulah kita boleh menghormati beliau dengan sebaik mungkin kerana disebalik kelemahan itu sudah tentu beliau mempunyai kelebihan dan bakat yang besar yang dapat memberi sumbangan kepada syarikat & perniagaan. Kita wajib percaya setiap insan itu dijadikan Allah dengan kelebihan dan sebab yang besar untuk menjadi khalifah dimuka bumi ini jadi sudah tentu setiap insan di dunia ini mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri.
Rahsia yang kedua, mengenali terlebih dahulu kelemahan dan kelebihan diri sendiri. Sebelum kita nak mencari atau memilih rakan kongsi dalam perniagaan, aspek yang paling penting adalah mengenali dan mengakui kelemahan diri sendiri. Jika kira rasa kita hebat sudah tentu kita sukar untuk memberi rasa hormat kita kepada orang lain mahupun rakan kongsi kita sendiri. Jadi kenali dan akui kelemahan diri sendiri dan cari seseorang yang boleh bantu kita mengatasi kelemahan tersebut. Kemudian kenali kelebihan kita yang kita boleh bantu dan sumbangkan kepada rakan kongsi kita.

Yang ketiga adalah kepercayaan. Kepercayaan perlu dibina. Bagaimana ingin membina kepercayaan? Setiap rakan kongsi haruslah memahami dan menjalankan tanggung jawab masing-masing dengan sempurna atau pun lebih baik dari yang di minta dari situ terbitnya rasa percaya dikalangan rakan kongsi. Terus bina kerpercayaan dari semasa ke semasa kerana kerpercayaan akan hilang sekelip mata. Jadi setiap rakan kongsi perlu terus menjalankan tanggun jawab degan baik dengan penuh integriti dan cuba perbaiki kelemahan masing-masing.
Yang keempat adalah komunikasi. Komunikasi juga adalah aspek yang penting dalam memastikan hubungan rakan kongsi kekal lama. Tanpa komunikasi akan timbul permasalahan yang besar dimana akan timbul salah faham dan salah info yang mana akan menyebabkan kita akan masing-masing tertumpu kepada permasalahan yang timbul berbanding fokus kepada mencari jalan keluar dan penyelesaian.
Yang kelima adalah toleransi. Di sepenjang penglibatan saya dalam bidang keusahawanan ini, sikap toleransi juga amatlah penting dimana kita harus mempunyai sikap toleransi yang tinggi. Kadang-kadang rakan kongsi kita mempunyai permasalahan yang menyebabkan prestasinya merundum. Kita perlu faham dan cuba bantu beliau dalam mengharungi situasi-situasi sukar. Fokus untuk menyelesaikan masalah dan bukan kepada masalah itu sendiri.
Jadi harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda diluar sana baik yang berada dalam bidang keusahawanan atau pun tidak. Sila kongsikan penulisan ini agar dapat memberi lebih manfaat kepada lebih ramai orang.