BISNES ENTREPRENEURSHIP

Kesilapan Utama Usahawan Baru!

Kesilapan utama usahawan baru adalah menyediakan servis atau produk yang tiada orang NAK!! Berdasarkan kajian 100FirstHits.com 30% daripada Top 10 Startup Mistakes adalah menyediakan servis atau produk yang tiada demand.

Tak kira industri apa yang kita berada sama ada industri F&B, Kontraktor, Servis atau lain-lain, kebanyakkan orang yang baru bermula untuk berniaga bermula dengan servis dan produk yang tiada demand.

Dalam erti kata lain, kebanyakkan usahawan yang baru bermula melakukan bisnes syok sendiri. Dia sahaja yang rasa servis atau produk yang dia sediakan best & hebat tanpa melakukan kajian tentang demand dan masalah siapa dan masalah apa yang produk atau servis yang dia sediakan betul.


SUPPLY & DEMAND

Ali memulakan bisnes Klinik Basikal dimana Ali menyediakan perkhidmatan membaiki basikal di tengah kota raya Kuala Lumpur. Seperti mana yang kita sedia maklum jarang-jarang sekali penduduk di Kuala Lumpur menggunakan basikal sebagai medium pengangkutan.

Melainkan, mungkin ada sedikit permintaaan dimana peminat basikal yang menjadikan menunggang basikal sebagai hobi. Dimana Ali boleh tumpukan kepada golongan sasaran ini dan bukan semata klinik basikal biasa.

Jadi disini, kebarangkalian besar bisnes Klinik Basikal Ali tidak boleh pergi jauh dimana tiada permintaan untuk perkhidmatan yang ditawarkan. Yakni lari dari hukum bisnes supply & demand yang tidak wujud.

Tips untuk usahawan baru, kenali pasaran terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu bisnes. Sama ada wujudnya permintaan terhadap bisnes kita. Dalam erti kata mudah adakah terdapat masalah orang yang kita boleh selesaikan dengan servis atau produk kita?


TIPS SEBELUM USAHAWAN BARU MEMULAKAN BISNES

Kenalpasti terlebih dahulu pasaran bisnes kita, dengan bertanyakan soalan-soalan ini:

1- MASALAH apa yang kita selesaikan?
2- MASALAH siapa?
3- Berbaloikah orang yang kita selesaikan MASALAH itu mengeluarkan duit poket untuk servis/produk kita?

Sebagai contoh kita ambil mudah bisnes yang mudah seperti bisnes Kak Senah (bukan nama sebenar) buat bisnes tepi jalan menjual nasi lemak. Jadi dekat sini kita cuba letak diri kita di tempat Kak Senah.

Adakah kita sekadar menjual nasi lemak? Atau pun menyelesaikan masalah orang bandar yang berkerjaya yang tak sempat menyediakan nasi lemak yang sedap & berkhasiat dan menjimatkan masa.

Jadi disini, MASALAH yang Kak Senah selesaikan bukan sekadar menyediakan sarapan pagi, tetapi Kak Senah telah menyelesaikan masalah warga kota yang tiada masa untuk menyediakan sarapan untuk keluarga.

Dimana Kak Senah telah bantu menjimatkan masa orang ramai secara tidak langsung meningkatkan produktiviti mereka semasa kerja. Kita dapat lihat disini MASALAH SIAPA yang Kak Senah selesaikan? Iaitu mungkin wanita warga kota yang bekerjaya yang tidak sempat nak sediakan sarapan pagi.

ADAKAH BERBALOI membeli nasi lemak dari Kak Senah? Sudah tentu!! Sebab menyelesaikan masalah ketiadaan masa untuk wanita-wanita bekerjaya tersebut untuk menyediakan sarapan dan menjimatkan masa. Bonus jika terdapat lebih nilai pada nasi lemak tersebut contohnya; sedap, sambal banyak dan lain-lain.

Oleh itu, nasihat saya kepada semua usahawan baru diluar sana. Lakukan kajian pasaran terlebih dahulu. Tahu apa MASALAH yang anda selesaikan.

Jika bermanfaat sila share di fb page wall anda..

%d bloggers like this: