RANDOM Uncategorized

7 Perkara Tentang Deepavali Yang Anda Perlu Tahu

Perayaan Deepavali adalah salah satu perayaan utama yang disambut oleh masyarakat India di negara kita. Jadi, disebabkan ramai yang masih kurang tahu pasal perayaan ni mari kita baca serba sedikit perayaan yang disambut oleh kawan-kawan kita yang beragama Hindu.

1. Deepavali ‘sebarisan pelita’

Anda semua tahu tak? Deepavali ni gabungan ‘dipa’ yang bermaksud cahaya dan ‘gavali’ yang bermaksud barisan.

2. Bukan Sahaja Disambut Oleh Penganut Hindu

Di Malaysia bukan saja penganut Hindu yang sambut Deepavali. Penganut Sikh juga turut sambut Deepavali. Tapi rasanya dekat Malaysia ni Melayu & Cina pun sambut sebab dapat cuti. Hehe.. Boleh tumpang cuti sekali

3. Deepavali Disambut Selama 5 Hari

Kebiasaanya di India Utara sambutan Deepavali disambut selama 5 hari.

4. Simbolik Perayaan Deepavali

Masyarakat Hindu menyambut Deepavali simbolik kepada cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.

5. Mitos Deepavali

Deepavali disambut simbolik kepada kejayaan Dewa Krishna membunuh Narakasura. Seterusnya penduduk meraikan kemenangan kebaikan menewaskan kejahatan dengan menyalakan lampu serta berpesta.

Ada lagi satu mitos yang lebih terkenal di Benua Kecil India adalah berdasarkan epik Ramayana di mana Rama berjaya membunuh Ravana dengan bantuan Laksamana dan Hanuman. Lalu, mereka bersama-sama Sita pulang dari Langka ke Ayodhya. Kepulangan mereka selepas 14 tahun disambut para penduduk dengan menyalakan lampu dan berpesta.

6. Kolam atau Rangoli

Selain memasang pelita, masyarakat Hindu juga mengadakan upacara ‘Rangoli’ iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu.

7. Mandi Minyak

Pada pagi perayaan, penganut Hindu akan mngadakan upacara mandi minyak bijan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Mandi minyak bijan ni untuk penyucian badan dan semangat. Minyak bijan ini akan disapu ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.

Jadi anda semua tu serba sedikit info pasal Deepavali. Jadi kalau ada salah tolong bagitahu ya. Jadi pada semua masyarakat India Selamat Deepavali. Dan yang lain selamat bercuti. 😄

%d bloggers like this: