Uncategorized

Setiap kesusahan disertai kemudahan.

091-AsySyams001-AlInsyirah005

 

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

2. dan Kami telah meringankan bebanmu daripadamu:(menyiarkan Islam) –

3. Yang memberati tanggunganmu,

4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.

5. Maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

6. Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

7. Maka apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),

8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).

 

Ya, aku percaya yang setiap kesusahan itu pasti datangnya kemudahan selepasnya. Diturunkan petir dan hujan untuk didatanginya pelangi sesudahnya.

Ya, aku juga percaya yang Allah datangkan ujian setimpal dengan apa yang kita mampu tempuhi dan dia tidak bebani kita dengan apa yan kita tidak mampu.

Ya, sifat sabar, bersungguh – sungguh perlu untuk mencapai apa yang dihajati. Perlu juga disertai dengan doa dan tawakal.

Ya, janji Allah itu adalah pasti.

Surah ini sangat berkesan untuk diamalkan dan difahami dan hayati tafsirnya agar membantu aku untuk menghadapi waktu-waktu sukar dan terus berusaha dan berdoa agar apa yang aku hajati tercapai. Amin

Ada seorang ini berkongsi dengan aku untuk mengamalkan surah ini tika melalui waktu-waktu sukar dan senang. Terima kasih Anilaz!

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: